FIND ME AT :-

Wednesday, October 26, 2011

PAPA I LOVE YOU

|
|
|
|
|
|
|
V

Filem Papa I love u ini akan ditayangkan pada 29hb Disember 2011.
Sinopsis Papa I love You

Filem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan watak Elly.
  Selepas kehilangan isteri tercinta, Bahar terpaksa berusaha hidup berdikari. Dia yang sebelum ini sibuk dengan pelajaran dan pengalaman bekerja yang berdepan banyak masalah, membuatkan dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membina hidup baru.

  Namun, atas semangat, dorongan dan kasih sayang terhadap anaknya, Bahar nekad untuk berubah. Apakah Bahar akan berjaya melakukannya? Perkenalan dengan Elly juga banyak membantu Bahar menguruskan Mia yang rindukan kasih sayang seorang ibu.
  Di sisi lain pula, Elly yang tiada hubungan baik dengan bapanya cukup kagum melihat kasih sayang terjalin antara Bahar dan Mia. Datuk Kudin, seorang ayah yang semasa mudanya mempunyai segala – galanya namun kerana sikapnya yang lebih mementingkan kerjayanya telah menyebabkan dia kehilangan anak kesayanganya, Elly.
   Bahar menjadi orang tengah dalam membantu merapatkan semula hubungan Elly dan Datuk Kudin dan ini akhirnya telah menyebabkan hubungan Elly dan Baha sendiri menjadi tegang. Perpisahan Baha dan Elly telah menyebabkan Mia sedih dan secara tak sengaja ditimpa kemalangan. Melihatkan betapa besarnya kasih sayang Baha terhadap Mia telah menyedarkan Elly supaya memberikan peluang kepada ayahnya sendiri, Datuk Kudin.


Para pelakon dalam Papa I Love U :-




                                                                Lisa Surihani (Elly),

                                                                  Zalif Sidek (Bahar),

                                                                Mia Nasuha (Mia),
                                                               Zaidi Omar (Datuk Kudin)

NOTA KAKI : jom pergi tengok sabtu ney :)

No comments: