FIND ME AT :-

Saturday, January 28, 2012

pertama kali aku jatuh cinta


heyhoo .! dah lama tak update blog , sejak kerja rase malas nak update .hehe .nampak tajuk kat atas tuus sebelum aku cerita tentang tajuk tu,meh aku cita yg lain dulu .haaa , aku nak cite hari isnin yg lalu 23/1/12 .aku sekeluarga telah bertolak ke TERENGGANU untuk hantar adik aku balik asrama ,kebetulan my mak cik pon pergi bercuti kat terengganu .so ape lagi ,sewa homestay satu rumah ler .kami sampai ke terengganu pada petang pada hari yg sama ,oleh kerana perut tidak di isi lagi .kami telah mengadakan bbq .memang kebulur perut .abis semua kami melantap . okey setelah mengenyangkan perut .kami mengambil masa untuk bersiar2 sambil mengambil angin petang , abah aku dan adik aku mengambil kesempatan untuk mandi laut.

setelah hampir magrib sepupu aku telah mengajak aku berjalan-jalan sambil mencari kedai buku untuk menebus baucer buku rm200 tu .aku dengan semangat ape lagi .nak join ler .haha,setelah bersiap-siap kami bertolak dari homestay untuk ke MYDIN MALL KUALA TERENGGANU. dengan mengunakan GPS kepunyaan kakak seppuku kak shella , kami akhirnya sampai  dan mula mencari kedai buku .saat sampai ke kedai buku tu mata terpandang satu buah novel yg membuatkan aku jatuh hati padanya .mua2 aku belek2 je buku tu ,wat lek wat peace je tengok buku tu .dalam hati nak beli tapi entah malas pulak nak beli .setelah kakak sepupuku membelek buku novel2 kat situ ,kita orang pon g dinner jap.lepas dinner kite org pergi balik ke kedai tersebut ,kerana kakak sepupuku nak beli novel ,mata pandang lagi novel tadi ,tapi hati berat nak beli.

lepas dah pusing bandar terengganu ,kita orang balik semula ke homestay.aku tak dapat tidur lena keran asyik memikirkan novel tersebut ,pada keesokkan pagi ,hati aku dah gelisa + menyesal sebab tak beli novel tu ,kebetulan pulak ayah aku nak pergi beli barang asrama adik aku kat mydin mall tu ,ape lagi aku enang hati dapat membeli novel tersebut. PERTAMA KALI aku minat novel CINTA ,sebab sebelum ney aku minat novel cerita HANTU tau .. novel yg berjaya buat aku minat bace novel cinta ialah :

Influenza Cinta~Levis Delisya (Buku Prima)


novel ney banyak suspen,persahabatan,iri hati .memang feeling kalau bace antara sinopsis pendek yg aku boleh bagi
Tragedi yang meragut seluruh ahli keluarganya meninggalkan Yasmin sebagai pewaris tunggal Hotel Eden Garden. Lalu bermulalah episod kembara mencari suami di mana Yasmin perlu memilih calon paling layak sebagai peneraju hati dan hotelnya. Kebetulan, calon terakhir iaitu Ezad Hakimi merupakan cinta pertama Yasmin. Namun bagi Ezad Hakimi, Yasmin sekadar bayangan silam yang ingin disingkir ke tepi. Sementara kisah Ezad Hakimi dan Yasmin penuh dengan sengketa dan misi dendam yang belum terlaksana, Zul Khuzaimey hadir dengan perisa cinta yang manis bergula. Siapa yang harus Yasmin pilih? Ezad Hakimi yang tawar tak berperisa atau Zul Khuzaimey yang pernah menyandang gelaran Mr. Kasanova?


rugi kalau korang tak beli :)

No comments: