FIND ME AT :-

resepi






Bahan :

1 cawan margerin
1 ½ cawan gula halus
1 ½ tepung gandum.....]
1 ½ tepung kastad.......] di ayak
1 biji telur
1 sudu kecil teh esen vanilla

Hiasan :
manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil

Cara:

1. Pukul kembang margerin dan gula.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan gaul rata.

3. Masukkan tepung dan gaul rata dan asingkan kepada 2 bekas (utk warna lain) uli gempalkan kemudian masukkkan ke dalam peti seti sejuk selama 15 minit.

4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan disudukan kedalam papercup.

5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 150 'C sampai masak.
7. Sejukkan ...simpan dalam bekas









Bahan-Bahan:

  • pisang 1-2 biji bergantung kepada saiz pisang.
  • milo 3-4 sudu besar susu segar/ susu sejat 1 cawan
  • gula (ikut suka)
  • ais batu 7-8 ketul.
Cara:

  • masukan kesemua bahan ke dalam blender.
  •  Kisar hingga semuanya sebati dan ais tadi telah betul-betul hancur.
  • kemudian tuangkan ke dalam gelas dan sedia untuk di nikmati.
selamat mencuba.

  


 >----Blackberry Cheesecake----<<





bahan-Bahan:


Untuk Base:

1 peket biskut digestives

2 cawan cornflakes

3 sudu besar gula perang

3 sudu besar mentega lembik



Untuk Filling:

  • 750 gm (3 peket) Philadelphia Cream Cheese  
  • 225 gm gula caster  
  • 1 sudu besar tepung jagung  
  • 2 biji telur  
  • 150 ml (1 pek kecil) yogurt perasa strawberry  
  • 1 tin blackberry (brand S&W); ditapis (hanya ambil buahnya sahaja)
Cara:
Biar semua bahan pada suhu bilik

Panaskan oven pada suhu 180C.

Cara Untuk Base:


  • Kisar atau hancurkan biskut dan cornflakes hingga halus.
  • Campurkan gula dan mentega hingga sebati ke dalam adunan biskut itu.
  • Dalam acuan 'springform' atau 'loose bottom' bulat 23 cm, tekankan adunan base itu hingga rata dan kejap.
  • Bakar base selama 7 minit. Ketepikan.
Cara Untuk Filling:

  • Pukul cream cheese dan gula selama 3 minit.
  • Kemudian ayak ke dalam adunan cheese itu tepung jagung. Pukul lagi sehingga kembang dan tidak berbintil.
  • Masukkan telur satu persatu.
  • Masukkan yogurt. Kacau sampai sebati.
  • Dengan menggunakan udip atau spatula, kaup balikkan buah blackberry itu hingga rata dalam adunan.
  • Tuang adunan itu atas base yang telah tersedia.
  • Bakar selama 30 minit atau hingga tepi kek sudah tertarik dari acunya.
  • Setelah masak, tutup api oven dan biarkan kek dalam oven selama sejam. Renggangkan pintu oven dengan sudip kayu agar terbuka sedikit. Sejukkan dalam peti sejuk.

Cadangan Hidangan:
Setelah kek sejuk, boleh dihias dengan 'mock glaze' iaitu jeli blueberry segera (suku peket) dicairkan dengan air panas dan disudukan perlahan-lahan atas permukaan kek rata-rata.

                                                                               MACAROON

ramai yg minat makanan ney ,tertiba plak na buat resepi dia.jom mencuba .:>
Bahan-bahan
4 biji telur putih
350 gram gula kastor
150 gram serbuk almond
parutan kulit lemon dri 2 biji lemon
cara
1) pukul telur hingga ianya berbuih menggunakan mixer.

2) Masukkan gula dan teruskan memukul adunan hingga ianya agak mengeras sedikit

3) Masukkan serbuk almond dan parutan lemon tadi dan gaul rata

4) Perlahan-lahan sendukkan/paipkan adunan ke atas kertas minyak yg telah dilukis dgn gambar bulatan yang telah ditabur tepung jagung - make sure jarakkan di antara satu sama lain kerana ianya akan mengembang

5) Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit atau hingga ianya masak.


Inti dia.. sesuka ati la nk bubuh apa pun... ikut citarasa anda. Nuttela pun ok.
Nota :
Biarkan permukaan macaroons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 1/2 jam sebelum dibakar. Untuk dapatkan macaroon yang berkaki (berskirt) adunan yg telah dipaipkan perlu diperap selama 4 jam sebelum dibakar.




APAM POLKA DOT


bahan-bahan

275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing =)
Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan =)
Langkah-langkahnya:
1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
11. Apa tunggu lagi…ngap ler hehe…
Mudah bukan? Harap sedikit sebanyak membantu =)
Nota: Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
Diharap dapat berkongsi dengan rakan-rakan kita yang lain, semoga ianya bermanfaat.